Tujuan Diadakan Kempen
- untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya : "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"
- untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya kempen semasa pilihan raya
- untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota
- untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah
- untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen menderma darah
Sambutan Masyarakat terhadap Kempen
- Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia
- buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar- harganya meningkat
- air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga
- Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial
- ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga
Keberkesanan Kempen
- ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat
- Contoh kempen yang berjaya :
- "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"- contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun
- "Kempen Jantung Hatiku"- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali- sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan
- Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:
- kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini
- kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan van, pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
- kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan keretanya sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan
Labels: Isi-isi karangan, kempen, kempen kerajaan, rancangan