Punca-Punca Seseorang Terjerat Dengan Rokok
1. Pengaruh rakan sebaya
- Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka.
- Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung mahu mencuba.
- Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok.
- Mereka bermula dengan suka-suka akhirnya ketagih.
- Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya menjeratnya kepada perangkap rokok.
- Ada juga yang merokok pada awal usia belasan tahun.
- Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk-batuk menyedut asap rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang pertama.
- Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau wangi asap rokok.
2. Kekeliruan identiti remaja mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok.
- Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti tertentu untuk dikenali.
- Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen sezaman
- Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka.
- Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa.
- Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus.
- Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat mengekalkan kelangsingan badan mereka.
KESAN NEGATIF ROKOK
1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
- Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil nikotin.
- Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental seseorang.
- Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin.
- Penagih akan gian.
- Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok.
2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja
- Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku dihabiskan malah ada juga yang berani ponteng sekolah untuk melepas gian.
- Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.
- Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok.
- Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai mengebas duit ibu bapa sendiri.
- Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk menampung belanja membeli rokok.
- Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan penyalahgunaan dadah!
3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok.
- Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih.
- Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membunuh.
- Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat merokok dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini.
- Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000 daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik.
- Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan akan mati akibat penggunaan tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik serta penyakit jantung.
- Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi setiap batang rokok yang dihisap!
- 30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok.
- 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah juga kerana tabiat merokok!
4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser:
- Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru dan mulut.
- Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya kendur.
- Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema.
- Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis.
- Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
- Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-paru.
5. Rokok mencetuskan sakit jantung.
- Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung.
- Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pintasan jantung terpaksa dijalankan.
- Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.
- Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit ahmar.
6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu
- Racun asap rokok meresap ke embrio.
- Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.
- Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.
- Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan.
- Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.
- Kecerdasan otak bayi juga terjejas.
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------Labels: Contoh karangan, Isi-isi karangan, rokok, STPM