Friday, January 13, 2012

koleksi frasa menarik

Pembentukan ayat Tanya:

  • persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh

  • pernahkah terlintas dalam gawang minda para........

  • sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak yang positif?


 

Tema perpaduan :

  • Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan

  • Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah ‘senjata’ utama yang menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan

  • Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing

  • Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu,menang menjadi arang

  • Pepatah ada menyatakan ‘hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara perpaduan

  • konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total

  • Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat

  • terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita

  • sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum


 

Tema kemajuan negara

  • cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga

  • Pertumbuhan mapan ekonomi negara

  • Prestasi ekonomi yang mapan

  • Gahnya Malaysia di persada global

  • menjadikan Malaysia lebih tersohor

  • Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.

  • Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia

  • Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia

  • Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia

  • menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju

  • wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan kebangkitan negara

  • mendepani abad milenium


 

 

 

tema : peranan kerajaan

  • citra budaya dan jati diri bangsa

  • tindakan secara kolaboratif


Tema : masyarakat

  • memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama

  • menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara

  • Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing

  • Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara

  • rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima teras utama RMK-9

  • menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif

  • rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif.

  • Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan bermaruah.

  • Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul

  • revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif

  • umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu berubah walaupun banyak melihat perubahan

  • masyarakat madani

  • bangsa yang maju dan kompetitif


 

 

 

Tema : semangat kejiranan

  • Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk

  • Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak kayangan

  • Kikis sikap prejudis

  • Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun

  • Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya

  • Bagi memperteguh tali-temali sosial

  • Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat

  • Di bawah satu bumbung muafakat


 

Tema : generasi muda

  • Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi

  • Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral

  • Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek

  • Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar

  • Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang digalas

  • Berkiblatkan budaya asing

  • Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda

  • Berpotensi untuk menggegarkan

  • Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup

  • Bijak menyerap tekanan

  • Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan

  • Dalam meniti perjalanan hidup

  • Dalam pancaroba dunia


 

Tema: kekeluargaan

  • mewarnakan jiwa anak-anak

  • menjadi uswah terbaik

  • tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

  • Didedahkan dengan realiti kehidupan

  • Umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada perangai ibu bapa

  • Hadis ; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi

  • Bertunjangkan kekuatan intelektual

  • Dipacu oleh tenaga muda

  • Dipasakkan dalam jiwa


 

Media massa

  • akhbar arus perdana

  • mendominasi minda generasi muda

  • Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang

  • Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini

  • Berupaya menjadi wadah yang efektif

  • Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan

  • Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan maklumat


 

Kempen :

  • Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat

  • Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan

  • Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan secara suam-suam kuku

  • Dilaksanakan secara berkesan dan efisien

  • Instrumen yang paling efektif


 

Semangat Patriotisme

  • Misi menyuburkan semangat patriotisme—bukan perkara enteng

  • Kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa dan kelangsungan hidup negara

  • Menjiwai patriotisme yang kental


 

Tema sekolah

  • Guru selaku arkitek pembangunan insan

  • menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni

  • menyemarakkan nilai-nilai murni

  • sekolah –wadah penting untuk penyaluran ilmu

  • pendekatan konvensional

  • sekolah medan interaksi sosial

  • golongan pendidik yang berketerampilan

  • pendidik perlu memahami aspirasi negara

  • menghayati Falsafah Pendidikan Negara

  • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

  • Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air

  • Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan maklumat


 

Tema : Alam sekitar

  • Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar

  • jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat

  • masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar dan sihat maka penghuninya juga demikian

  • alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita


 

 

Tema Kesihatan :

  • pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat

  • tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ.

  • Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak sempurna

  • Menyerang sistem imunisasi badan


 

 

Tema usaha langkah

  • Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha

  • Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha sampai berjaya

  • Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

  • Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

  • Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut

  • Jangan lakukan kerja sekerat jalan

  • Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain

  • Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan

  • Usah biarkan masalah ....terus membebani .................

  • Usaha secara kolaboratif

  • Menuntut sinergi pelbagai pihak

  • Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut

  • Mencari resepi terbaik


 

Teknologi Maklumat:

  • Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada

  • Bagai galah di tengah arus –peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap remaja serta masyarakat yang serakahmenyalahgunakan teknologi

  • Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada masyarakat

  • Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan kmunikasi

  • Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia

  • Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia

No comments:

Post a Comment