Thursday, June 30, 2011

Isu Internet (PMR)

Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebar luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara. Ulaskan pernyataan di atas.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.

Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.

Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.

Tuesday, June 28, 2011

TEMPAT REKREASI

Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi



  • sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan, khususnya di kota

  • sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dan sihat

  • sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia

  • untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana nyaman


Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi



  • amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota

  • mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan taman rekreasi

  • mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka yang bersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga


Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi


(a) Kemudahan yang Disediakan

  • alat-alat permainan untuk kanak-kanak

  • alat-alat untuk senaman ringan

  • tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki

  • bakul sampah, lampu, dna pondok telefon

  • gerai makanan dan minuman


(b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi

  • masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu

  • ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti

  • ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak

  • ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan

Monday, June 27, 2011

TEKNIK MEMBINA RANGKA KARANGAN

(Masa diperuntukan 15 Minit)

Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan. Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan .  Adalah mustahil  dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai  teknik-teknik membuat rangka karangan.

 

  1. Baca soalan dan pilih karangan mengikut kemampuan.

  2. Pastikan anda selesa dan mengetahui tentang topic karangan yang di pilih.

  3. Baca soalan berulang-ulang sehinggan anda benar-benar memahami kehendak soalan.

  4. Gunakan sekeping kertas putih yang dibekalkan untuk melakar Rangka Karangan yang anda pilih.

  5. Mulakan rangka dengan Pendahuluan – Isi (5 – 6 Isi) – Penutup / Kesimpulan.

  6. Untuk bahagian Rangka Isi, susun isi mengikut kesesuaian kepentingan. Yang lebih penting berada di atas diikuti dengan yang kurang penting.

  7. Peruntukan 15 Minit untuk sesi melakar Rangka Karangan ini.


 

 

Masalah kehilangan anak senantiasa berkumandang di corong-corong radio dan menghiasi media massa kita sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah-masalah kehilangan anak daripada terus berleluasa.



Contoh Rangka Karangan :



Pendahuluan : berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat menggusarkan – tindakan   perlu diambil untuk mengatasi masalah ini

 

Isi-isi

peranan ibu bapa – mengawasi pergerakan anak-anak mereka - peranan sekolah – menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat - peranan taman asuhan kanak-kanak – mengambil langkah-langkah bagi menjamin

keselamatan  kanak-kanak - peranan masyarakat – bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang mencurigakan - peranan polis – mengetatkan kawalan di kawasan tumpuan kanak-kanak - penguatkuasaan undang-undang – tindakan tegas terhadap penculik dan pembunuh kanak-kanak

Penutup : semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah kehilangan kanak-kanak.

Thursday, June 23, 2011

Panduan Karangan UPSR

Tiga soalan karangan dikemukan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sama ada Soalan 1, 2 atau 3. Bagi menghasilkan karangan yang baik, anda perlu merancang karangan anda terlebih dahulu. Berikut cadangan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dan selepas menulis karangan.

 

  • Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan


Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau arahannya. Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat kedua adalah maklumat

situasi, manakala kehendak atau arahan soalan adalah ayat terakhir Hindari sikap terlalu gopoh.

 

Sebagai contoh, perhatikan soalan berikut:

Sekolah kamu menganjurkan kejohanan olahraga. Tuliskan sebuah karangan yang menggambarkan suasana di kejohanan tersebut.

Ayat pertama maklumat atau situasi, manakala ayat kedua kehendak soalan. Amati kehendak soalan dan jawab apa yang ditanya. Perkara lain yang berkaitan dengan situasi dan kehendak soalan juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan sebuah karangan yang lebih menarik.Perkara-perkara yang tiada kaitan elakkan sama sekali.

  • Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan


Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan tiga bahagian Iaitu:

a.  Pengenalan / pendahuluan

b.  Isi ( memadai tiga isi ) beserta huraian dan contoh

c.  Penutup

 

  • Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka atau isi-isi penting karangan


- Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

-  Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan keempat isi dan perenggan akhir penutup.

-  Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian dan contoh.

 

  • Semakan


-  Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca dan kosa kata yang digunakan betul dan tepat.

-  Pastikan setiap isi disertakan huraian dan contoh.

Tuesday, June 21, 2011

Semangat kejiranan

Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita?


 

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.


Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.


Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Saturday, June 18, 2011

KOSA KATA FRASA MENARIK

Kemelut - Masalah
Membarahi - Melanda
Senario - Keadaan
Mengaibkan nama Negara - memalukan nama Negara
Tumbuk Rusuk - Makan Suap, Rasuah, Korupsi
Nafsi - mementingkan diri sendiri
menopang dagu - termenung
seantero - seluruh
Beraja di mata, bersultan di hati - terlalu mengikut nafsu
Jauh panggang dari api - merosakkan harta benda
lumrah - kebiasaan
ketandusan - tiadak ada
Menegakkan benang basah - mempertahanan perkara yang salah
Intan paying dan nyawa - sangat disayangi
meranapkan -menghancurkan
sanubari - jiwa
akar umbi - punca
bejat - gawat
sayugia - harus, patut

Thursday, June 16, 2011

Kokurikulum (SPM)

Pembentukan sahsiah seseorang pelajar tidak mungkin sempurna tanpa penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum. Bahaskan pernyataan ini

 

Pendahuluan :

- matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

- pendidikan  akademik sahaja tidak mungkin mencukupi

- perlu diseimbangkan dengan aktiviti kokurikulum

 

Isi :

- Mengasah kebolehan fizikal ( misalnya melalui aktiviti permainan)

- memupuk bakat kepimpinan   ( dengan mengetuai  persatuan)

- memupuk kebolehan menyelesaikan masalah/ krisis – menjayakan sesuatu projek

- memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan

 

Penutup :

- jelaslah betapa pentingnya  aktiviti  kokurikulum  dalam  membentuk sahsiah seseorang pelajar

- oleh itu, aktiviti kokurikulum tidak harus dipandang remeh

- pelajar harus mengimbangkan bidang akademik dengan penglibatan  mereka dalam aktiviti kokurikulum

Wednesday, June 15, 2011

Sukan

Peranan sukan sebagai wahana perpaduan


-  Peserta setiap negara akan melupakan politik/  fahaman/ideologi masing-masing

-  Memahami budaya/ cara hidup masyarakat negara  lain terutama tuan rumah

-  Meningkatkan hubungan diplomatik antara negara

-  Mengutamakan semangat berpasukan

-  Mewujudkan persaingan secara sihat/ semangat kesukanan

-  Memupuk sikap patuh/ hormat akan peraturan  semasa pertandingan

 

Perkembangan  sukan di negara  kita.

- sukan di Malaysia  - selaras dengan perkembangan  negara yang sedang menuju era teknologi moden yang serba canggih

- kemudahan  sukan  dibina untuk kemudahan atlet-atlet negara dan masyarakat – lebih berkesan

- pembangunan sukan diteruskan seperti projek  kem bakat  untuk  melahirkan bakat - bakat baru dalam bidang sukan

– wujud sekolah  sukan yang diubahsuaikan kokurikulumnya – Sekolah Sukan Bukit Jalil

- MSN – merangka program-program pembangunan  sukan dengan  menerima peruntukkan  daripada kerajaan dan bantuan daripada pihak swasta

- Malaysia berusaha dan telah pun berjaya menganjurkan pelbagai sukan bertaraf antarabangsa seperti  SUKOM 98, Lumba Kereta Formula 1

– penganjuran sukan bertaraf antabangsa ini dapat menangkis tomohan segelintir pihak yang cemburu dengan pencapaian negara

- secara tidak langsung mengundang rasa  bangga kita terhadap mutu sukan negara

 

Faedah bersukan.

- banyak faedah yang diperoleh  daripada aktiviti sukan, antaranya dari segi kesihatan

– mengekalkan  tahap kesihatan yang tinggi – sentiasa sihat dan cerdas

- membentuk disiplin diri   - berjaya dalam apa jua cabaran

- masa terluang  dapat dipenuhi  dengan aktiviti  yang berfaedah  daripada melakukan perkara-pekara yang tidak mendatangkan kebaikan

- mewujudkan suasana  perpaduan antara kaum – menimbulkan  suasana kemesraan  di kalangan rakan sepermainan

- pada tahap profesional – memberikan sumber pendapatan yang lumayan

- atlet tempatan kita dapat berpelung untuk menerima latihan yang lebih baik dengan berlatih di luar negara bersama dengan atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa

 

Tuesday, June 14, 2011

Isu kemiskinan

Dewasa  ini masalah kebejatan sosial  menjadi isu yang hangat diperkatakan. Pelbagai sebab yang mendorong berlakunya masalah ini. Ada yang berpendapat bahawa masalah ini disebabkan oleh kemiskinan. Jelaskan pendapat anda.

 

Pendahuluan :

  • pada pandangan kasar – kecetakan ilmu dan kekurangan disiplin diri membawa mereka ke kancah  neraka kebejatan sosial

  • terpesong arah tuju lantaran mengikut tetunjuk nafsu

  • namun timbul pertanyaan  yang bertali-temali – mengapa mereka terlibat

  • kemiskinan jadi jawapannya


 

Isi :

  • keadaan keluarga yang kucar-kacir – terpaksa menanggung keluarga - mengundang malapetaka – penderaan mental dan fizikal

  • mengundang perasaan bosan dan malas  - remaja rela  meninggalkan  rumah  - menuju ke rumah rakan  ataupun berpeleseran  di puat membeli belah atau lebih teruk menuju ke “ lorong-lorong gelap”

  • keadaan yang tertekan di rumah menyebabkan mereka mencari jalan penyelesaian dengan  mencari kawan senasib mereka – tanpa bimbingan  orang yang lebih arif

  • lantaran terarah ke kegiatan-kegiatan  yang tidak bermoral dan berpeleseran  sehingga ke kancah jenayah  yang lebih bahaya

  • Keadaan persekitaran perumahan yang tidak selesa dan pembanguan yang tidak terurus juga membawa kepada permasalahan ini

  • kesempitan hidup – mengundang mereka untuk melipatgandakan  pendapatan tanpa mengira halal haram haram


 

Penutup :

  • kemiskinan – peningkatan gejala sosial

  • perlu lebih  prihatin  terhadap masalah kemiskinan

  • perlu  mengurangkan kadar kemiskinan atau  jika dapat  sifarkan terus daripada kamus masyarakat Malaysia


 

Monday, June 13, 2011

ISU-ISU DALAM PENULISAN KARANGAN III

51 KOPERASI DAN PERSATUAN
-Jenis-jenis dan peranan
-Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan
-Sambutan terhadap koperasi @ persatuan
-Program Usahawan Muda

52 PENYAKIT BERBAHAYA
Jenis-jenisnya
Cara-cara mencegahnya
Punca-punca penyakit berjangkit

53 MUZIK
-Dunia muzik hari ini
-Kerjaya dalam bidang muzik
-Kebaikan dan keburukan muzik

54 SEJARAH
-Tempat-tempat bersejarah
-Pemulihan tempat-tempat bersejarah
-Permasalahan dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah

55 PERNIAGAAN /PERDAGANGAN
-Jualan murah
-Barang-barang tempatan dan barang import
-Kebaikan berniaga
-Karnival Jualan Mega

56 AMALAN PEMAKANAN
-Jenis-jenis makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
-Makanan seimbang
-Kebersihan tempat menjual makanan

57 JIMAT CERMAT
-Tujuan berjimat cermat
-Cara-cara menggalakkan berjimat cermat
-Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat

58 PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
-Perkembangan di Malaysia
-Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan
-Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan
-Projek akuakultur

59 DISIPLIN PELAJAR
-Tahap disiplin pelajar hari ini
-Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin
-Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin

60 MEDIA CETAK
-Jenis-jenis media cetak
-Pengaruh media cetak
-Peranan dan fungsi media cetak
-Masa depan media cetak

61 ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
-Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang
-Isu berkaitan dengan kenderaan awam
-Peranan dan fungsi pengangkutan

Sunday, June 12, 2011

ISU-ISU DALAM PENULISAN KARANGAN II

26 WARGA TUA
-Sikap masyarakat terhadap warga tua
-Usaha-usaha membantu warga tua
-Kebaikan membantu warga tua

27 KANAK-KANAK
Isu kanak-kanak terbiar
-Penggunaan tenaga kerja dalam kalangan kanak-kanak
-Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak

28 KESIHATAN
-Kepentingan kesihatan
-Cara-cara menjaga kesihatan
-Tahap kesihatan rakyat
-Gaya Hidup Sihat

29 MAJIKAN DAN PEKERJA
-Tanggungjawab majikan terhadap pekerja
-Kualiti kerja dan produktiviti
-Etika kerja

30 TELEVISYEN / VIDEO / FILEM
-Pengaruh terhadap masyarakat
-Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat
-Fungsi dan peranannya
-Cetak Rompak

31 PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM
-Perkembangan di Malaysia
-Kebaikan dan keburukannya
-Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan

32 AMALAN MEMBACA
-Sikap membaca di kalangan masyarakat
-Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
-Faedah membaca

33 PERUBATAN MODEN
-Perkembangan perubatan moden
-Kesan penggunaan ubat-ubat moden
-Kemudahan perubatan di Malaysia

34 PERUBATAN TRADISIONAL
-Peranan dan pengaruh bomoh
-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional
-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional

35 SAINS DAN TEKNOLOGI
-Kemajuan dan perkembangan
-Ciptaan-ciptaan baru
-Kesan sains dan teknologi

36 PENDIDIKAN
-Perkembangan pendidikan di Malaysia
-Masalah pendidikan di Malaysia
-Kepentingan pendidikan

Masalah Disiplin

Pendahuluan :

  • - lebih membimbangkan – pada tahun 1990 – 3,876 kes yang direkodkan di Mahkamah Juavana

  • - pelajar-pelajar di kawasan bandar menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang lebih ketara berbanding dengan pelajar di kawsan luar bandar

  • - perkara ini memerlukan perhatian  yang lebih serius daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan pemimpin negara kerana mereka inilah generasi yang menentukan masa depan negara

  • - rasa hormat terhadap  guru sudah berkurangan.

  • - Malah rasa kasih sayang kepada ibu bapa juga hampir hilang



Punca masalah disiplin :

  • -  tidak harus menunding jari  menyalahkan  sesama sendiri

  • - kurangnya pengawasan  dan perhatian  daripada ibu bapa  - saban hari mengejar kemewahan duniawi

  • - tekanan yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga dan sekolah – mengharapkan sesuatu yang mustahil

  • - kurangnya  didikan agama menyebabkan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya lain yang terpesong daripada ajaran agama dan moral

  • - pengaruh media massa- pemikiran remaja yang mengingini sesuatu yang mengikut peredaran zaman

  • - pengaruh rakan sebaya – remaja menjadi liar dan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa dan diri sendiri


 

Usaha mengatasi masalah disiplin :

  • - perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa – proses memasuki alam remaja dan dewasa – amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada keluarga

  • - menitikberatkan pendidikan agama  - sekiranya tidak mudah terpesong dan terpengaruh kepada anasir negatif

  • - peranan sekolah – mendidik dengan nilai-nilai yang baik dan melakukan aktiviti yang berfaedah

  • - matapelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam – menanam nilai-nilai murni

  • - media massa – melakukan tanggungjawab sosial – jangan hanya pentingkan keuntungan semata-mata

  • - Program kerajaan - Rakan Muda  dan Khidmat Negara – syabas diucapkan


 

ISU-ISU DALAM PENULISAN KARANGAN I

1 PERINDUSTRIAN
-Jenis-jenis
-Kebaikan & keburukan penggunaan teknologi moden
-Prestasi negara dalam perindustrian

2 INDUSTRI DESA
-Jenis-jenis
-Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa
-Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa Halangan-halangan

3 PEMBALAKAN
-Kesan Pembalakan
-Usaha -usaha mengekalkan kawasan hutan
-Isu pembalakan haram

4 TEMPAT REKREASI
-Fungsi dan peranan taman rekreasi
-Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi
-Penyediaan kemudahan di taman rekreasi

5 PENSWASTAAN
-Faedah - faedah penswastaan
-Perkembangan penswastaan di Malaysia
-Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

6 INDUSTRI PERIKANAN
- Masalah yang dihadapi oleh nelayan
-Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan
-Perkembangan dan sumbangan industri perikanan 7 AGENSI KERAJAAN
- Jenis-jenis agensi kerajaan
-Peranan dan fungsi agensi kerajaan
-Keberkesanan agensi kerajaan

8 KEMPEN
-Tujuan diadakan kempen
-Sambutan masyarakat terhadap kempen
-Keberkesanan kempen

9 INDUSTRI PELANCONGAN
-Usaha dan cara memajukan industri pelancongan
-Kesan industri pelancongan kepada negara
-Perkembangan industri pelancongan

10 PERUMAHAN
-Masalah perumahan pada hari ini
-Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan
-Usaha mengatasi masalah perumahan

Saturday, June 11, 2011

Rangka Karangan Pengalaman Banjir (PMR)

Anda sekeluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana rumah anda telah ditenggelami air. Ceritakan pengalaman anda berdasarkan isi-isi di bawah.
Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata.


Pendahuluan:

  • hujan lebat turun tanpa henti-henti selama beberapa hari - kawasan rendah di naiki air - air sungai melepasi paras bahaya


Isi-isi penting:

  • keadaan banjir bertambah teruk – penduduk kampung telah diarah bersiap untuk berpindah – membantu ayah memindahkan barang-barang ke tempat yang selamat.

  • kami sekeluarga dan jiran tetangga dipindahkan oleh pasukan penyelamat – ditempatkan di dewan sekolah

  • diberikan bantuan selimut, pakaian, dan makanan – tidur di dewam sekolah – tidak dapat melelapkan mata kerana suasana bising

  • beberapa orang wanita bersama-sama menyediakan makanan – melakukan kerja secara bergotong-royong – hubungan menjadi mesra


Penutup:

  • suatu pengalaman yang menyeronokkan – apabila banjir sudah surut orang ramai dibenarkan pulang – banyak harta benda rosak


[source]

Friday, June 10, 2011

Kepentingan bangunan bersejarah

Bincangkan kepentingan bangunan bersejarah di negara kita.

- Bangunan bersejarah – bangunan tinggalan  zaman dahulu

- Mempunyai nilai budaya dan kesenian tersendiri, dan melambangkan identiti negara

A. bernilai seni dan estetika

  • - Mempunyai seni bina yang halus dan berbentuk budaya bangsa

  • - Ukiran pada dinding kayu – tradisi yang unik

  • - Menikmati keunikan dan kreativiti – seni bina orang zaman dahulu

  • - Dapat dihayati oleh generasi akan datang


 

B. Menyenangkan kajian Sejarah

  • - Mendalami sejarah negara – bangunan bersejarah

  • - Dapat lihat sendiri peristiwa sejarah yang berlaku

  • - Dapat menggambarkan persengketan dan tumpahan darah – kesan yang sebenar

  • - Senang memahami fakta sejarah

  • - Cth : Kota A formosa,  St.Paul’s Church , Kubu Cornwallis di Pulau Pinang


 

C.  Menarik minat pelancongan

  • - Nilai ekonomi yang tinggi

  • - Tumpuan para pelancong – meneliti nilai sejarah yang sebenar

  • - Cth : Kelly’s Castle, Lembah Bujang, Menara  Condong Teluk Intan, Bangunan sultan - Abdul Samad – sejarah yang tersendiri

  • - Memajukan perkembangan industri  pelancongan

  • - Imej negara dan pengaliran wang asing


 

E. Menarik minat penerbit dan pengarah filem

  • -  Latar tempat penting untuk menfilemkan sesuatu filem

  • - Pengarah filem memilih tempat bersejarah

  • - Filem “ Bukit Kepong “ lakonan Datuk Jin Shamsuddin – paparkan sebenar tempat asal

  • - Penggambaran filem “ Anna and the King – di Perak dan Pulau Pinang – menyakinkan penonton tentang nilai sejarah semasa  pemerintahan Raja Mongkut di negara Thailand


 

F. Mengingatkan generasi muda

  • - Mengingatkan kita terhadap peristiwa lampau

  • - Pengajaran kepada genesai akan datang

  • - Menyedari pahit maung yang dialami dalam  perjuangan kemerdekaan

  • - Menghargai keamanan, kemerdekaan dan  kebebasan

  • - berhati-hati dengan kesilapan dan mengelakkannya


 

Kesimpulannya :

  • -  Memang sebahagian dari negara kita

  • - Tidak ternilai harganya dan mesti dikekalkan


 

 

 

KESIHATAN

Kepentingan Kesihatan



  • konsep kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani

  • membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif

  • mengekalkan kecergasan tubuh badan

  • menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit

  • menjadikan otak lebih cerdas

  • menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia

  • melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang


Cara-cara Menjaga Kesihatan



  • mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat

  • melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi

  • mempunyai waktu rehat yang cukup

  • melakukan pemeriksaan kesihatan

  • menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling

  • tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebih-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak dan sebagainya

  • menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya


Tahap Kesihatan Rakyat



  • cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa dan orang-orang tua

  • dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju

  • jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius

  • kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat begitu tinggi

  • kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan

  • perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara

  • mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih

  • mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diberi pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa

Thursday, June 9, 2011

Isi-isi karangan isu sosial (Kesan)

kesan positif


1. Kepada negara
-membantu perkembangan ekonomi negara
-menyumbangkan pendapatan lumayan kepada negara
-menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa
-mengurangkan beban kewangan negara
-mengekalkan kestabilan dan keamanan negara
-memupuk perpaduan nasional

2.Kapada masyarakat
-menyumbangkan pendapatan lumayan
-meningkatakan taraf hidup masyarakat
-meningkatkan taraf kesihatan
-menyediakan banyak peluang pekerjaan
-menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat

3. Kepada perhubungan Antarabangsa/Dunia
-mendapat pengiktirafan antarabangsa
-menjalin perhubungan diplomatik
-menerima bantuan dan pelaburan
-publisiti dan promosi di peringkat antarabangsa
-keselamatan dan keamanan dunia

Kesan negatif


1. kesan kepada negara
-mencemari imej negara  di peringkat antarabangsa
-meningkatkan beban kewangan negara
-menggugat kestabilan negara
-mengancam perpaduan negara
-mencetuskan masalah pengangguran dan kemiskinan
-pembangunan negara terjejas
2. Kesan kepada masyarakat
-mencemari imej masyarakat
-mengancam adat dan budaya tempatan
-menggugat keselamatan dan kesejahteraan
-masalah kemiskinan dan pengangguran
-hubungan rakyat dengan kerajaan terjejas

3. kepada institusi pendidikan
-mencemari imej sekolah
-sekolah menjadi tempat yang kirang selamat
-mengancam perkembangan sistem pendidikan negara
-masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap Kementerian Pelajaran
-menghalang pembentukan Sekolah Penyayang dan sekolah Wawasan

4. Kepada diri sendiri
-menghancurkan masa hadapan
-mencemari imej diri sendiri
-akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat
-berhadapan dengan masalah pengangguran dan kemiskinan
-menjejaskan kesihatan diri

5.kepada keluarga
-mencemari imej keluarga
-keluarga berhadapan dengan masalah kewangan
-akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat
-menjejaskan hubungan baik anggota keluarga
-meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam

6. Kepada perhubungan antarabangsa/dunia
-menjejaskan perhubungan diplomatik
-menerima ancaman daripada negara-negra maju
-keamanan dan keselamatan dunia terancam
-perpecahan,rusuhan dan peperangan
-dunia akan kiamat

Pembuangan bayi

Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut.

Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor.

Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kepentingan alam sekitar

Anda mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang akan anda sampaikan ialah “ Alam Sekitar dan Tanggungjawab Bersama”. Sediakan teks syarahan itu selengkapnya

Pendahuluan: Kata-kata aluan

Isi :

A. Def: alam sekitar- Apa-apa yang ada di langit dan di bumi & Tanggungjawab

  • - amanah atau tugas yang perlu dipikul  oleh  seseorang &

  • - semua bermaksud  pihak yang terlibat.

  • - Ini bereti menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama sesuai dengan pepatah

  • “bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”


 

Hadirin sekalian,

 

B. Ia menjamin keselesaan dan kecerdasan kita seiring dengan pembangunan  negara

  • -  Pembangunan yang dibina tanpa  dilupakan

  • -  kepentingan keindahan alam dan flora

  • - Cukup beruntung kerana memiliki pemimpin yang sedar akan kepentingan alam sekitar

  • -  kewujudan lebih banyak hutan simapanan hutan rezab

  • - kita sedar akan tanggungjawab Bersama

  • - Masyakarat Jepun percaya akan semangat alam

  • - sekiranya alam sihat & sejahtera , manusia atau penghuninya juga demikian


 

C. Alam – wajah kita sebenarnya & imej diri kita

  • - Daya penarik kepada pelancong – secara tidak langsung membantu dasar ekonomi negara

  • - Negara yang kurang sumber alam mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan alam

  • - namun kita yang begitu kaya dengan sumber kaya  leka  akan keindahan alam


Hadirin yang dihormati,

D. Ia adalah satu tanggungjawab menyeluruh dan bebanan yang tiada nilainya – kita harus bersikap

lebih peka dan positif dalam hal

  • - Tidak harus letakkan bebanan ini diatas bahu orang lain

  • -  Nilai ini perlu dipupuk dari kecil lagi bah kata pepatah

  • “melentur buluh biarlah dari rebungnya“

  • -  kita  harus menjadi teladan kepada orang lain

  • -  jangan kerana keuntungan, kita lupa akan janji kita kepada alam

  • -  Setiap  pihak harus turun padang  dalam  menjayakan slogan “ Alam sekitar dan tanggungjawab bersama”   & harus berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar selamat  dihuni manusia


 

Penutup :

Hadirin sekalian,

  • - Pemikiran sebeginilah yang diharapkan agar masyarakat berasa  bertanggungjawab dan sumbangan yang bakal diberikan oleh mereka amat dihargai.

  • - Maka tidak dapat dinafikan bahawa tangguungjawab menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.

  • - Marilah kita sama-sama melaungkan dan merealisasikan  slogan “ Alam Sekitar dan tanggungjawab Bersama”


 

Kepentingan menyertai kokurikulum

Kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah

  • Pelajar dilatih  berdisiplin

  • Dalam aktiviti berpersatuan mendapat pelbagai pengetahuan

  • Pelbagai pandangan dan idea boleh dikongsi antara sesama ahli

  • Memperoleh badan yang cergas, minda juga turut menjadi cerdas

  • Pelajar dididik dengan semangat kerjasama dan toleransi sesama ahli pasukan

  • Kokurikulum menjadi satu nilai tambahan dalam proses pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam.

  • Dapat menghasilkan generasi berilmu yang mempunyai kebolehan dan kesungguhan yang menyeluruh.

  • Membentuk modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.


 

Wednesday, June 8, 2011

Kekeliruan pelajar dalam penulisan karangan(STPM)

Kekeliruan1:

Saya terdengar informasi terkini. karangan laras sastera langsung tidak boleh sentuh isi larasan sains. Begitu juga karangan larasan sains tidak boleh sentuh isi sastera dan tidak boleh simpan peribahasa. adakah ini benar?


PENJELASAN
KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK.

Contoh:
STPM 2007.1. BELAKANGAN INI BANYAK TERDAPAT PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA YANG AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELBAGAI PIHAK. LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH TERSEBUT. BINCANGKAN.

Satu kesan projek perumahan terbengkalai ialah pencemaran alam. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan tikus, penyakit merebak.(tak perlulah saintifik sangat hujah anda)
Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas.

STPM 2008. 2 KESEPADUAN SEKTOR PELANCONGAN DENGAN ALAM SEMULA JADI TELAH MENCETUSKAN AKTIVITI PELANCONGAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA. LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN AKTIVITI INI BERTERUSAN. BINCANGKAN PENYATAAN INI.

Satu langkah ialah Perancangan yang rapi penting.
Lebih banyak hutan simpanan diwartakan. Contoh Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Gula(Perak) dan Taman Negara Bako di Sarawak. (FRIM, PERHILITAN)Keunikan flora dan fauna hidup di di sesuatu kawasan dengan pelbagai cara adaptasi dikaji. Maklumat sistem rantai makanan yang unik dan saling memerlukan di sesuatu habitat disediakan.Misalnya ‘Spice Garden” di Pulau Pinang dirancang dengan baik.
Ilmu pengetahuan disebarkan melalui pemandu pelancong.Malah herba-herba itu dirasa oleh pelancong melalui masakan. (Komen Cikgu: lihat, pasti ada sikit hujah sains)

STPM 2003.3 OBESITI MERUPAKAN SATU MASALAH KESIHATAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA.

Salah satu kesan ialah kesan jiwa. Wajah terjejas, kawan semakin kurang, hidup menyendiri.(Ini bukan hujah sains tetapi boleh diterima.)

STPM 2008.1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

Isi bukan sains tetapi hujuh mesti ada unsur sains sebab tajuk ini melibatkan telekomunikasi.
Contoh isi dengan hujah sainsnya.

Pentadbiran kerajaan menjadi cekap. Urusan “one-stop” dapat disediakan.Ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian pelbagai perkhidmatan media elektronik.Kios urusan dan bentuk kaunter fizikal dan maya disediakan.Misalnya kios komputer disediakan di pusat membeli belah.Orang ramai boleh membaharui lesen memandu, bayar cukai pendapatan, mendaftar diri sebagai pengundi sekali gus di situ.
Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan.

Kekeliruan 2.
Jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah?


Penjelasan cikgu:
Anda sendiri keliru sahaja.

Jika dalam skema punca jenayah ialah faktor keluarga.
Anda tulis ibu bapa abaikan asuhan anak-anak, betul juga.
Jika anda tulis krisis keluarga, betul juga.
Jika anda tulis kawalan ketat ibu bapa sehingga anak-anak memberontak, betul juga.
Jika anda tulis keluarga miskin dan ibu bapa sibuk bekerja di luar, betul juga.

Jadi, yang penting maksud isi mesti sama atau hampir sama. Bukan perkataan yang digunakan dalam skema.

Contoh:

Tajuk: Kepentingan internet.(Ini soalan bahagian B, tetapi isi bukan semua sains, yang perlu ialah hujahnya ada banyak unsur sains)

Skema Isi 1: MEMAJUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.

Anda tulis internet memajukan pentadbiran negara, betul juga.
Anda tulis internet membantu jabatan kerajaan menguruskan permohonan dan lesen, betul juga.
Anda tulis internet mempercepatkan pemprosesan dan penyimpanan data,betul juga.
Anda tulis internet mewujukan kerajaan elektronik, betul juga.(semua idea adalah sama sahaja)

[source]

 

Pelancongan (Surat)

Rakan anda yang berada di luar negara ingin mengetahui keistimewaan yang terdapat di negara kita dan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menjelaskan perkara tersebut.

 

Pendahuluan :

  • pihak kerajaan memberikan komitmen tinggi sehingga  peringkat  kementerian  untuk menangani hal-hal yang berkaitan dengan  pelancongan

  • Kadar kemasukan pelancong asing ke dalam negara turut meningkat

  • Contohnya  pada tahun 1990 sahaja jumlah  pelancong yang masuk  ke negara kita  ialah lebih kurang 6.8 juta orang


 

Keistimewaan Malaysia :

  • keindahan flora dan fauna

  • keunikan budaya yang berbeza

  • makanan

  • tempat bersejarah


 

Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan :

  • mengadakan promosi secara lebih agresif dan meluas sama ada di dalam ataupun di luar negara

  • melanjutkan kempen Tahun Melawat Malaysia

  • memelihara kemudahan  dan tempat-tempat  yang menjadi tumpuan pelancong

  • mengadakan usahasama dengan badan pelancongan dari luar negara

  • mencari dan mengenal pasti  tempat-tempat yang berpotensi  untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan

  • kerjasama  daripada badan-badan  korporat seperti MAS untuk mempromosikan  negara kita di luar negara

  • menanamkan kesedaran di kalangan rakyat tentang peranan mereka dalam usaha memajukan industri pelancongan yang akan memberi manfaat kepada semua

  • meningkatkan kesedaran rakyat  agar bersikap lebih mesra  terutama kepada pelancong luar dan mempunyai tatatertib yang melambangkan kehalusan budi bahasa rakyat Malaysia

  • pelancong tempatan pula  semakin  menumpukan perhatian kepada destinasi-destinasi pelancongan dalam negara


 

 

Monday, June 6, 2011

ISU TABIAT MEROKOK(SPM)

Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia terdiri daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Dianggarkan 50 hingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Siapakah yang perlu dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok? Tidak sedarkah para remaja bahawa merokok ibarat perjalanan bahaya menempah maut? Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga ke arah kecemerlangan negara.

Hari Tanpa Tembakau merupakan inisiatif proaktif Pertubuhan Kesihatan Sedunia secara global, bertujuan mengingatkan masyarakat tentang wabak tembakau yang meracuni gaya hidup masyarakat sedunia serta membunuh empat juta penduduk dunia setiap tahun. Angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2030. Statistik daripada Sufean (2004) menunjukkan 49 peratus lelaki dewasa di Malaysia, merokok, dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju, iaitu 38% di Britain, 35% di Amerika Syarikat dan 30% di Sweden. Setiap hari, antara 14,000 hingga 15,000 remaja mula menjadi penagih tembakau di negara maju. Di negara-negara membangun dan di negara mundur, perokok remaja meningkat antara 68,000 hingga 84,000 orang. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan bahaya merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.

Sunday, June 5, 2011

PERPADUAN KAUM

Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum



  • rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara

  • rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis

  • negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh

  • keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara

  • menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya


Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum



  • menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial

  • mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum

  • mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum

  • memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasam dan sebagainya

  • menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan

  • mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum

  • menggalakkan penduduk menyambut hari perayaan, sambutan, hari kebesaran dan sebagainya


Perpaduan Kaum pada Hari ini



  • masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum

  • masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya dan agama kaum lain

  • masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu kawasan

  • konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru; masyarakat perlbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung

  • masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara

Friday, June 3, 2011

Bijak Berbelanja Pengguna Bestari


Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan dan perkhidmatan yang disukai. Malah ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti wajib yang mesti dilakukan sebaik sahaja menerima upah atau gaji pada setiap bulan.

Pengeluar barangan dan perkhidmatan sentiasa berlumba-lumba menghasilkan pelbagai produk dan barangan dengan tawaran yang cukup mengasyikkan pengguna. Tambah mengujakan pengguna, tentulah lambakan tawaran daripada pelbagai barangan berjenama di pasaran. Siapa yang tidak tergoda apabila melihat tawaran harga barangan berjenama yang menjunam sehingga 70 peratus? Syarikat kewangan pula menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kad kredit untuk memudahkan pengguna berbelanja. Namun, yang membimbangkan ialah apabila keseronokan membeli-belah menyebabkan pengguna akhirnya tidak dapat mengawal perbelanjaan bulanan, yang kemudiannya terjerumus ke dalam beban hutang yang tidak disangka-sangka.

Thursday, June 2, 2011

Modular System for STPM 2012




What: New grading system for STPM examinations
When: To be implemented in 2012
Explanation of the modular system:
The modular system will have its assessment conducted at the end of the semester.
Each of the three semesters will have assessments.
The motivation behind this move is to mimic the continuous assessment in typical tertiary education institutions.
Coursework and school-based projects will also be assessed.
Only lower six students will be affected.
The content of the STPM syllabus however will stay the same.
This new announcement by Deputy Education Minister Datuk Dr. Wee Ka Siong will overwrite those made in 2009.

ISU PENGANGGURAN

Punca-punca Berlakunya Pengangguran



  • penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di bandar-bandar

  • kelulusan akademik yang rendah

  • penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer

  • penggunaan tanah yang tidak ekonomi terutamanya di desa

  • belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional

  • sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan belia


Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran



  • menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga dan beternak

  • memperkenalkan mata oelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar

  • menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik

  • menyemaikan sikap berdikari dalam kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi

  • meyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan

  • melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih

  • memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran dan teknologi kepada belia yang ingin berusaha sendiri


Kesan daripada Pengangguran



  • belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral

  • jenayah terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan, pembunuhan, peras ugut dan sebagainya

  • bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang terlalu mahal

  • banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan

  • ekonomi negara terbantut

Wednesday, June 1, 2011

PENCEMARAN ALAM

Punca-punca Pencemaran Alam



  • kegiatan perusahaan atau perkilangan

  • asap-asap kilang meyebabkan pencemaran udara dan sisa-sisa

  • pembuangan toksid menyebabkan pencemaran air

  • kegiatan pembanguanan dan penerokaan hutan

  • mengganggu sistem ekologi bumi

  • mengakibatkan hakisan tanah

  • menyebabkan bumi tiada kawasan tuduhan hujan; menyebabkan banjir

  • kegiatan pengangkutan

  • asap-asap kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida (gas beracun)

  • tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut

  • kegiatan perladangan dan di rumah

  • pembuangan sampah yang tidak bersistem dan penggunaan racun serangga yang berleluasa menyebabkan udara tercemar


Usaha-usaha Mengatasi Pencemaran Alam



  • meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat pada semua peringkat

  • mengadakan undang-undang yang lebih ketan dan mengenakan hukuman yang berat kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar

  • membina kilang jauh dari kawasan kediaman

  • memelihara hutan dengan menghadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan

  • usaha secara besar-besaran untuk mengawal pembangunan dan pembalakan perlu dilakukan secara berterusan untuk menggantikan hutan yang musnah


Kesan daripada Pencemaran Alam



  • apabila udara, air, dan darat tercemar, kehidupan kita tidak akan selesa; kesihatan kita terganggu

  • lapisan ozon akan menipis dan mengancam kesihatan

  • menyebabkan penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran, dan sebagainya

  • bencana alam seperti banjir, tanah runtuh akan berlaku, dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda

  • hutan sebagai kawasan tadahan hujan akan musnah dan terdedah kepada hakisan

  • hidupan liar terancam dan akhirnya pupus

  • air tidak selamat digunakan- bumi tidak selamat didiami