Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semulajadi danaktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.
Pengenalan
- Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.
Punca
1. Semulajadi
- Jumlah taburan hujan
- kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak
- Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh
- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak
2. Struktur tanah
- - Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
- - Kadar resapan yang rendah.
3. Kecuraman dan kepanjangan cerun
- - Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.
- - Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.
B. Kesan aktiviti manusia
4. Pembangunan di kawasan tanah tinggi
- - Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang.
- -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan.
5. Pembalakan tanpa kawalan
- - Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.
- -Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.
C. Kesan/masalah.
6. Perubahan geomorfologi
- - Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut.
- - Kerja-kerja pembersihan kawasan mengambil masa yang lama.
- -Kestabilan cerun runtuh perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik penstabilan yang sesuai.
7. Banjir lumpur
- - Tiada pokok-pokok yang menyerap air menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah – banjir kilat.
- - Mengancam nyawa dan harta benda.
8. Kemusnahan hutan tanah tinggi
- - Pemusnahan hutan menyebabkan berlaku perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi.
- - Memusnahkan kawasan tadahan air. – wujud pencemaran dan mengurangkan kualiti air bersih.
Kesimpulan:
Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasi masalah kejadian tanah runtuh ini.Labels: Isi-isi karangan, STPM, Tanah runtuh