Wednesday, July 13, 2011

RASUAH

Apakah punca masalah rasuan dan cadangkan usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini .

Pendahuluan

  • · Rasuah - pemberian wang untuk mendapatkan sesuatu tanpa melalui peraturan .

  • · Rasuah - skandal pinjaman Bank Bumiputera Finance ( BMF ) , Koperasi Mengambil Deposit , penggelapan wang di Bank Simpanan Nasional dan Suruhanjaya Sekuriti .


PUNCA MASALAH RASUAN

Didikan agama


  • · Sejak kecil lagi , mereka tidak diberikan pendidikan agama yang sempurna .

  • · Mengkianati majikan kepentingan orang lain untuk memuaskan nafsu tamak .

  • · Tidak faham ajaran agama dan melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang agama .

  • · Berpendidikan tinggi dan memegang jawatan tinggi tetapi berkelakuan jahat keagamaan .

  • · Agama dunia melarang penganutnya melakukan rasuah - perbuatan yang terkutuk .

  • · Sifat menginginkan kekayaan mengkaburkan mata mereka dan mereka lupa agama .


Gaji rendah

  • · Menyebabkan mereka menerima rasuah - menikmati kemewahan hidup .

  • · Mendapat kenaikan pangkat dan tiada kelayakan untuk menuntut gaji yang tinggi .

  • · Gaji tidak cukup untuk membayar sewa rumah , ansuran kereta , bil elektrik dan air , perbelanjaan keluarga dan penikmatan kemewahan hidup yang luar biasa sedikit .

  • · Pekerja bawahan seperti kerani , pelayan pejabat , pegawai keselamatan , dan mereka yang menghendakkan kemewahan hidup tetapi tidak mampu .

  • · Membuat perbandingan dengan kawan sepejabat mereka .

  • · Diperalatkan untuk menyebarkan maklumat untuk tatapan pihak yang meminta .

  • · Projek tender - pegawai terlibat menerima rasuah untuk meluluskan permohonan itu .


Undang-undang

  • · Tidak mempunyai hukuman yang berat dan setimpal .

  • · Denda sahaja tidak cukup untuk menakutkan pesalah .

  • · Hukuman penjara - tidak menghairankan penjenayah - masuk penjara - keluar jadi jutawan .

  • · Hukuman rampasan harta dan wang tidak ada dalam undang-undang .

  • · Hukuman sebat tidak diluluskan oleh parlimen .

  • · Rakyat tidak takut undang-undang dan berani melakukan rasuah .


LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Pendidikan agama dan moral

  • · Sikap diubah sejak dari kecil lagi .

  • · Kerajaan mewajibkan subjek pendidikan moral dan agama di sekolah .

  • · Pelajar diajar dan diterapkan ke dalam jiwa mereka nilai mulia dan murni .

  • · Aspek displin , tanggungjawab , jujur , rajin , kasih-sayang , cekap , bersih dan amanah , ditekankan dalam pendidikan moral dan agama .

  • · Kejayaan seseorang bergantung kepada sikap dan nilai yang diamalkan olehnya .

  • · Tidak bergamak untuk menjadi kaya tanpa kira nilai prinsipnya .

  • · Ibu bapa menyemai nilai keagamaan dan ajaran agama ke dalam jiwa anak mereka .


Keadaan pekerjaan

  • · Kebajikan pekerja bawahan dan kakitangan berpangkat tinggi dijaga .

  • · Kemudahan perumahan , KWSP , Perkeso , kenaikan pangkat , kenaikan gaji , bayaran kerja tambahan masa , bonus dan pertukaran tempat pekerjaan diberi perhatian .

  • · Majikan memberi insentif dan mengukur persembahan pekerjaan pekerja dengan adil .

  • · Mempunyai keyakinan terhadap syarikat mereka .

  • · Kakitangan organisasi lebih menyayangi majikan kalau menjaga kepentingan dan kebajikan .

  • · Sistem dan peraturan bekerja diketat dan elakkan kebocoran untuk penyelewengan .


Kesimpulan :

  • · Rasuah menjahanamkan kemantapan ekonomi negara , imej negara dicemari .

  • · Rakyat dan pemimpin tiada keyakinan terhadap kestabilan negara .

  • ·Setiap lapisan masyarakat berganding bahu untuk menyelesaikan masalah .

No comments:

Post a Comment