Saturday, July 9, 2011

Penyakit Berjangkit

Langkah-langkah Menangani Penyakit  Berjangkit.


 

Pengenalan
1. Penyakit berjangkit semakin berbahaya.
- H1N1, SAR dan pelbagai lagi
- sukar untuk dirawat akibat ketiadaan penawar
- bergerak dengan pantas dalam menyerang manusia di dunia ini

Isi-isi
1. Mengetatkan pintu masuk utama
- memantau dan mengawasi pelancong dari luar
- kuaratin pelancong yang disyaki membawa pelbagai jenis virus dan menghidap penyakit

2. Amalan gaya hidup sihat
- tidak merokok dan minum minuman keras
- menjana aktiviti rekreasi yang menyihatkan tubuh badan
- sentiasa mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran

3. Gaya pemakanan yang sihat
- amalan pemakanan buah-buahan agar terhindar daripada jangkitan penyakit
- dedahkan kepada masyarakat melalui media masa cetak mahupun elektronik
- makan makanan yang berkhasiat supaya mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi

4. Penyelidikan penyakit dengan berterusan
- memperoleh penawar bagi penyakit yang menyerang
- masyarakat dapat dilindungi sebelum sesuatu penyakit yang serius menyerang
- virus yang menyerang dapat dikekang agar tidak meluas

5. Menerima suntikan vaksin oleh masyarakat
- menerima suntikan kesihatan sejak dilahirkan
- lali dengan pelbagai jangkitan yang wujud
- penyakit berjangkit dapat dibendung

Penutup
1. Media massa mengambil langkah yang utama
- menyebarkan cara untuk menangani secara berterusan
- masyarakat bertindak dengan bijak dalam menangani fenomena ini.
- mencegah jauh lebih baik daripada merawat

No comments:

Post a Comment