Friday, July 8, 2011

Minat membaca

Era globalisasi hari ini memerlukan masyarakat Malaysia mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Malangnya tahap membaca dalam kalangan masyarakat masih rendah. Hal  ini menuntut penglibatan ibu bapa  bagi menyemai tabiat membaca sejak anak-anak masih kecil. Jelaskan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan  melahirkan masyarakat membaca.

Isi :

  • Menggunakan masa berkualiti bersama-sama anak-anak untuk membaca di rumah

  • Membawa anak-anak ke perpustakaaan

  • Mengadakan perpustakaan mini di rumah

  • Memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk membeli bahan bacaan

  • Menggalakkan anak-anak menyertai projek-projek bacaan seperti NILAM.

  • Memberi ganjaran/ hadiah rangsangan kepada anak-anak yang membaca lebih banyak buku.


Sudah banyak yang diperkatakan tentang  kekurangan  minat membaca  dalam kalangan  remaja hari ini.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menarik minat ini dalam kalangan anak-anak hari ini

Pendahuluan :

  • Membaca  merupakan  jambatan ilmu

  • malangnya rakyat kita kurang membaca

  • sudah sampai masanya langkah-langkah sewajarnya diambil  untuk menyemaikan minat ini dalam kalangan anak-anak kita


Isi :

  • kerajaan telah melaksanakan  pelbagai  langkah  dalam usaha  meningkatkan  kesedaran masyarakat  terhadap kebaikan dan faedah membaca

  • pelbagai kempen, pameran dan pesta buku diadakan sama ada  di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa

  • cukai import bahan bacaan dari luar negara turut dikurangkan

  • kemudahan  - awam dan juga perpustakaan bergerak di kawasan luar bandar

  • di peringkat sekolah, guru berperanan besar menarik minat  pelajar membaca

  • pusat sumber di Sekolah -  dilengkapkan dengan kemudahan yang selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan  yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja

  • sudut bacaan harus diwujudkan

  • namun langkah yang lebih penting dan berkesan bermula pada peringkat  awal iaitu semasa kanak-kanak lagi

  • ibu bapa haruslah  memberikan galakan  dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak

  • ibu bapa juga harus sedia  membelikan  bahan- bahan  bacaan  untuk anak-anak mereka

  • mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai- satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang mengamalkan  budaya membaca

  • ibu bapa sendiri harus mengamalkan tabiat membaca agar dicontohi anak-anak mereka


 

Penutup :

  • ilmu merupakan pelita hidup

  • orang yang banyak membaca  akan menjadi matang dan berpengalaman luas

  • oleh itu, semua pihak  harus bekerjasama  untuk memupuk  minat ini dalam sanubari anak-anak


Kepentingan amalan membaca

  • Generasi yang berfikiran kritis dan matang dapat dilahirkan.

  • Usaha untuk memben­tuk negara kita agar lebih maju/ pesat membangun dapat dipercepat

  • Membaca mampu mem­berikan pengalaman yang baru yang dapat diaplikasikan dalam urusan harian yang tertentu.

  • Masyarakat yang serba tahu dapat dilahirkan.

  • Kita dapat membuat refleksi tentang kelemahan diri kita sendiri.

  • Membaca dapat menaikkan motivasi diri sehingga mewujudkan daya saing yang sihat.

  • Kita dapat berubah menjadi manusia yang lengkap.

  • Membaca itu keperluan hidup.


Sebab-sebab rakyat kurang membaca.

  • Mereka sibuk dengan urusan pekerjaan.

  • Mereka mempunyai minat atau kecenderungan lain / gemar akan hiburan, dsb.

  • Mereka sememangnya tidak minat membaca.

  • Mereka tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti berfikir/ mencabar minda.

  • Kekurangan bahan bacaan yang bermutu.

  • Harga bahan bacaan di pasaran mahal.

No comments:

Post a Comment