Sunday, July 31, 2011

Langkah-langkah Mengatasi Kanser Serviks

Kanser serviks semakin berleluasa dalam kalangan wanita di Malaysia.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini.


Kanser serviks merujuk kanser rahim yang selalu menyerang kaum wanita di Malaysia. Antara contoh kanser yang sering berlaku ialah kanser payu dara, kulit, usus, dan tekak yang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan pula. Berita mengenai kemelut kanser ini turut mendapat tempat dalam media massa kita saban hari. Jadi, kerajaan boleh mengadakan pelbagai tindakan yang berupaya untuk mengatasi kanser rahim ini.

Tindakan yang konkrit dilakukan oleh kerajaan melibatkan penyiaran kempen kesedaran tentang kanser ini. Pelbagai informasi mengenai kanser ini meliputi cara mencegah dan jenis rawatan yang boleh dijalankan boleh diselitkan dalam kempen yang dilancarkan ini. Semua maklumat ini kemudiannya akan digunakan oleh pesakit kanser itu untuk mengekang kanser itu daripada terus merebak pula. Maka, kempen yang efektif boleh menjadikan masalah kanser ini dapat ditangani pula.

Selain itu, kerajaan boleh menyediakan rawaan secara percuma atau murah kepada pesakit kanser. Pemberian rawatan sebegini menjadikan lebih banyak wanita di negara ini berani tampil untuk menjalani pemeriksaan kerana sedar jika mereka mendapat rawatan yang sewajarnya jika diri mereka mengalami kanser itu. Kesudian untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan ini memastikan risiko kematian akibat kanser juga akan menurun secara mendadak. Jelaslah, rawatan yang murah atau percuma boleh menjadikan kanser rahim ini satu lipatan sejarah di Malaysia sedikit masa lagi.

Pada masa yang sama, pembinaan sebuah pusat kajian kanser turut berperanan dalam usaha membasmi kanser rahim itu. Pusat kajian kanser ini berupaya untuk menjalankan pelbagai kajian yang berusaha untuk memperoleh vaksin atau penawar kanser terutama kanser rahim. Kejayaan menemukan vaksin kanser ini pasti memberikan satu lonjakan besar buat negara dalam usaha memerangi kanser rahim yang semakin serius ini. Sesungguhnya, kanser rahim tidak akan wujud di Malaysia sebaik sahaja vaksinnya berjaya dihasilkan oleh pusat kajian kanser negara itu.

Malahan, kerajaan boleh menangani kanser rahim dengan mengawal kadar pencemaran alam di Malaysia. Kajian sains telah membuktikan bahawa alam sekitar yang tercemar akibat pembuangan sisa-sisa toksik boleh menyebabkan kanser berlaku dengan meluas. Sel-sel badan manusia akan berubah menjadi sel kanser apabila sel itu berinteraksi dengan sisa-sisa kimia yang berbahaya itu. Oleh itu, kejayaan mengawal kadar pencemaran alam turut bermakna kadar kanser terutama kanser rahim akan berkurangan pula.

Malahan, kerajaan boleh membina lebih banyak hospital kerajaan terutama yang berurusan dengan penyakit kanser ini. Kewujudan hospital ini menjamin lebih banyak tempat tersedia untuk pesakit kanser lalu menerima rawatan yang sewajarnya daripada pihak doktor. Pesakit akan berasa lebih lega kerana sedar diri mereka akan ditempatkan di hospital yang berkualiti bersama-sama tenaga doktor terlatih dan peralatan moden yang serba canggih. Sesungguhnya, lebih banyak hospital dibina lebih mudahlah untuk negara ini memantau penularan penyakit kanser rahim itu.

Kesimpulannya, semua tindakan tadi memang boleh dilaksanakan oleh kerajaan kita dengan mudah. Semua pihak terutama masyarakat perlulah memberikan kerjasama yang sewajarnya agar kanser rahim ini berjaya dikawal penularannya. Kegagalan untuk mengatasi kanser ini boleh menyebabkan jumlah mangsa korban akibat kanser di Malaysia akan bertambah saban tahun pula. Slogan “mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya” membuktikan kita semua hendaklah bersikap positif dengan berusaha memastikan kesihatan peribadi sebelum sebarang penyakit berlaku kerana risiko untuk sembuh amat tipis.

1 comment:

  1. salam.. sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola... boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook 'PENAWAR/UBAT KANSER'.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape... InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul....

    ReplyDelete