Friday, July 15, 2011

Kesihatan

Badan yang sihat adalah penting untuk membentuk individu yang cergas dan masyarakat yang cemerlang. Jelaskan langkah-langkah yang berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia. (Laras Sains)

Pengenalan

  • Sebagai negara membangun, taraf kesihatan rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap yang memuaskan, terutama penduduk desa.


Langkah-langkah
1. Memupuk amalan pemakanan yang seimbang.

  • Makanan berkhasiat.

  • Makanan kurang lemak, kurang garam dan kurang gula.

  • Makanan termasak.


2. Menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap.

  • Membanyakkan hospital dan klinik, lebih-lebih lagidi kawasan luar bandar.

  • Melatih pakar dan kakitangan perubatan yang cukup.

  • Memastikan rawatan percuma diberi kepada golongan miskin.


3. Menggalakkan kegiatan senaman dan sukan.

  • Menyediakan kemudahan senaman dan sukan di merata- rata tempat.

  • Menganjur pertandingan sukan.

  • Mengurangkan cukai atas alat-alat sukan.


4. Meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan.

  • Teknologi makanan.

  • Perubatan.

  • Alam sekitar.


5. Mendidik rakyat jelata untuk mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat.

  • Menjaga kebersihan diri.

  • Menjaga kebersihan alam sekitar.

  • Menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan dan minuman.


Kesimpulan

  • Kesihatan ialah aset penting setiap insan. Dengan rakyat yang sihat dan cergas, Malaysia akan menuju ke arah masyarakat cemerlang.

No comments:

Post a Comment