Wednesday, July 13, 2011

E-dagang

Bincangkan kebaikan dan masalah pelaksanaan perdagangan elektronik (E-dagang) .

Pendahuluan

  • · Perdagangan elektronik (E-dagang) hangat diperkatakan di dunia perniagaan kini .

  • · Ini selaras dengan perkembangan teknologi komputer , era internet / siber .

  • · E-dagang adalah satu daripada 7 aplikasi perdana yang dibangunkan dalam projek MSC .


KEBAIKAN PELAKSANAAN E-DAGANG
Membesarkan pasaran produk sehingga ke peringkat global

  • · Internet berupaya mencapai khalayak pengguna yang jauh lebih besar , iaitu sehingga 60 juta pengguna di seluruh dunia dalam masa yang singkat .

  • · Kedai Dot-com dalam internet membolehkan peniaga memperagakan dan mempromosi barangan jualan dan perkhidmatan dengan mudah dan berkesan kepada pelanggan seluruh dunia .

  • · Contohnya , E-dagang berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Eropah bagi jualan buku (Amazon.com) dan jualan komputer Dell .


Menghapuskan golongan tengah dalam dunia perniagaan

  • · Maklumat perkhidmatan dan perdagangan boleh disalurkan kepada pelangan secara langsung melalui laman web berkenaan dalam internet .

  • · Tidak perlu membayar sewa kedai , menyediakan kelengkapan dan perabot serta pelayan kedai .

  • · Pembeli boleh membeli terus daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu bayar komisen kepada agen .


Memudahkan aktiviti membeli-belah / Pengguna

  • · Pengguna tidak perlu bersesak dengan masalah trafik .

  • · Masalah kekurangan tempat letak kereta dapat diatasi .

  • · Barangan tempahan dari mana-man sahaja boleh dihantar terus ke pintu rumah .

  • · Boleh membeli-belah 7 hari seminggu dan 24 jam satu hari .


MASALAH PELAKSANAAN E-DAGANG
Soal keselamatan pengguna harus diambil kira

  • · Masalah kejadian penipuan dalam urus niaga internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab .

  • · Sejauh manakan aktiviti memberikan nombor kad kredit bagi membeli sesuatu itu selamat ?

  • · Masalah kawalan undang-undang yang cukup atau lengkap .


Pengguna dan penjual masih samar tentang idea E-dagang berfungsi

  • · Soal saiz perniagaan dan penggunaan pendekatan E-dagang .

  • · Masyarakat kampung dan golongan yang berusia 40 tahun ke atas tidak memahami internet E-dagang .


Masalah kemudahan penggunaan komputer atau internet

  • · Tidak semua para perniagaan ( besar / kecil ) dapat menyediakan laman web bagi menceburi pendekatan laman web bagi menceburi pendekatan E-dagang ini .

  • · Tidak semua masyarakat kita terdiri daripada kalangan yang celik PC .


Kesimpulan

  • · Konsep E-dagang memanglah suatu konsep yang menarik .

  • · Pesediaan yang lebih teratur perlu jika konsep E-dagang ini hendak dilaksanakan .

  • · Keselamatan pengguna harus diberikan perhatian untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini .

No comments:

Post a Comment