Wednesday, July 13, 2011

CETAK ROMPAK

Apakah punca masalah cetak rompak dan jelaskan kesan masalah ini .

Pendahuluan

  • · Dahulu kala , penjualan barang tiruan dijalankan secara tersorok .

  • · Kini , menjualnya secara terbuka di pasar malam dan memperkecilkan Akta Reka Cipta .

  • · Menciplak buku , perisisan komputer , CD , VCD , DVD , baju dan jam tangan


PUNCA MASALAH CETAK ROMPAK

Amat menguntungkan

  • · Sifat perniagaan amat menguntungkan .

  • · Kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah .

  • · Kos sekeping VCD bernilai RM 1.00 tetapi dijual dengan RM 4.00 hingga RM 7.00 .

  • · Tidak mengiklankan barangan kerana publisiti ini dijalankan oleh syarikat pengeluar barangan asli .

  • · Tidak membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan .

  • · Tidak membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi dan penulis lirik .


Undang-undang

  • · Orang ilmu dan modal berasa sedih kerana kekayaan mereka dirompak oleh perompak ilmu dan seni .

  • · Menguatkuasakan Akta Reka Cipta dan Bentuk dengan menangkap mereka .

  • · Hukuman ringan tidak memberi keinsafan kepada peniaga cetak rompak .

  • · Menghadapi masalah mengadakan serbuan kerana kekurangan kakitangan .

  • · Susah mengesani peniaga cetak rompak .

  • · Pegawai penguakuasa diikuti oleh tonto penjual barang cetak rompak .


Sambutan pengguna

  • · Pengguna suka membeli barangan cetak rompak . Harga barangan cetak rompak murah .

  • · Barangan asli bernilai RM 40.00 dibandingkan dengan harga barangan rakam rompak bernilai RM 5.00 .

  • · Membeli jam tangan Rolex - RM 25.00 berbanding dengan Rolex asli yang bernilai RM 15,000.00 .

  • · Membeli barangan ini kerana kurang berkemampuan dan suka menunjuk-nunjuk .

  • · Tidak mempedulikan kualiti barangan dan bentuknya hampir sama sahaja .

  • · Sambutan baik menyebabkan perniagaan cetak rompak menjadi berleluasa .


KESAN MASALAH CETAK ROMPAK

Terhadap Kerajaan , Penerbit , Swasta

  • · Rugi kerana peniaga cetak rompak tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan .

  • · Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang banyak .

  • · Syarikan EMI & Sony Music dan syarikat penerbitan Sasbadi mengalami kerugian dalam perniagaan .

  • · Membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan memdapat balik modal mereka .

  • · Kerajaan kita hilang sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangunan negara .

  • · Melambatkan proses pembangunan akibat kekurangan sumber pendapatan .


Kesan Terhadap Ahli Seni

  • · Penulis buku dan penyanyi menerima tamparan yang kuat .

  • · Tidak mempunyai pendapatan yang tetap . Bergantung kepada komisyen hasil penjualan .

  • · Tidak memdapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka .

  • · Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang lumayan .

  • · Melemahkan semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka .

  • · Banyak pemuda-pemudi tidak berminat dengan bidang kesenian akibat masalah ini .


Kesimpulan

  • · Kegiatan cetak rompak perlu dibanteras secara kolektif .

  • · Tindakan awal mengatasi masalah ini kerana setiap penyakit ada penawarnya .

  • · Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Jabatan Polis , Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri mestilah mempergiatkan operasi mereka .

No comments:

Post a Comment