Tuesday, July 12, 2011

BIOTEKNOLOGI (STPM)

Peperanan bioteknologi dalam konteks pembangunan negara .

Pengenalan

  • • Bioteknologi secara am adalah merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia .

  • • Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu dan pengklonan sel-sel .


Huraian Isi
Bioteknologi memajukan industri pengeluaran makanan

  • • Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan .

  • • Produk baru misalnya perasa , pemanis dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai secara genetik .

  • • Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan .

  • • Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia .


Bioteknologi dalam mengatasi masalah pencemaran

  • • Mikrob seperti bakteria baru hasil kaedah bioteknologi dapat mempercepat proses pereputan membantu penguraian najlis haiwan ternakan dan manusia dengan sempurna .

  • • Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki-tangki septik di seluruh negara dengan sempurna .

  • • Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najlis haiwan ternakan , sisa keluaran kelapa sawit , koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik .


Bioteknologi membaharui kaedah perubatan

  • • Pengaplikasian teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel-sel neuron untuk mengantikan sel saraf otak rosak dalam pesakit Parkinson .

  • • Sel dan tisu kulit mungkin dapat dikultur untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa kebakaran .

  • • Teknologi pengklonan pula membolehkan saintis menghasilkan klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi masalah kerosakan organ seperti sakit jantung dan kegagalan ginjal .


Bioteknologi merupakan pendekatan baru untuk meningkatan produktiviti pertanian

  • • “Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk merangsang ketumbuhan dalam anak lembu dan penghasilan susu pada lembu dewasa .

  • • Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara kejuruteraan genetik .

  • • Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus .

  • • Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan tanaman lain .


Bioteknologi kurangkan penggunaan racun makhluk perosak

  • • Penggunaan baka kapas tebal kepada ulat perosak kapas atau kapas Bt di ladang-ladang kapas Amerika telah mengurangkan penggunaan racun perosak .

  • • Tanaman Bt ialah tanaman yang telah disuntik dengan gen bacillus thuringlensis (Bt) sejenis bakteria tanah sehingga dapat mengeluarkan bahan racun serangga sendiri mejauhkan serangga .

  • • Ini menjimatkan kos racun makhluk perosak dan meningkatkan keluaran kapas di Amerika .

  • • Tanaman Bt lain termasuklah kentang , jagung , tomato , epal dan tembakau .


Penutup

  • • Bidang bioteknologi ini amat berguna dalam pelbagai aspek pembangunan negara .

  • • Usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat manusia .

No comments:

Post a Comment