Tuesday, June 28, 2011

TEMPAT REKREASI

Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi



  • sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan, khususnya di kota

  • sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dan sihat

  • sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia

  • untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana nyaman


Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi



  • amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota

  • mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan lalu menyediakan taman rekreasi

  • mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka yang bersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga


Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi


(a) Kemudahan yang Disediakan

  • alat-alat permainan untuk kanak-kanak

  • alat-alat untuk senaman ringan

  • tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki

  • bakul sampah, lampu, dna pondok telefon

  • gerai makanan dan minuman


(b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi

  • masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu

  • ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti

  • ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak

  • ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan

No comments:

Post a Comment