Monday, June 27, 2011

TEKNIK MEMBINA RANGKA KARANGAN

(Masa diperuntukan 15 Minit)

Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan. Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan .  Adalah mustahil  dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai  teknik-teknik membuat rangka karangan.

 

  1. Baca soalan dan pilih karangan mengikut kemampuan.

  2. Pastikan anda selesa dan mengetahui tentang topic karangan yang di pilih.

  3. Baca soalan berulang-ulang sehinggan anda benar-benar memahami kehendak soalan.

  4. Gunakan sekeping kertas putih yang dibekalkan untuk melakar Rangka Karangan yang anda pilih.

  5. Mulakan rangka dengan Pendahuluan – Isi (5 – 6 Isi) – Penutup / Kesimpulan.

  6. Untuk bahagian Rangka Isi, susun isi mengikut kesesuaian kepentingan. Yang lebih penting berada di atas diikuti dengan yang kurang penting.

  7. Peruntukan 15 Minit untuk sesi melakar Rangka Karangan ini.


 

 

Masalah kehilangan anak senantiasa berkumandang di corong-corong radio dan menghiasi media massa kita sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah-masalah kehilangan anak daripada terus berleluasa.



Contoh Rangka Karangan :



Pendahuluan : berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat menggusarkan – tindakan   perlu diambil untuk mengatasi masalah ini

 

Isi-isi

peranan ibu bapa – mengawasi pergerakan anak-anak mereka - peranan sekolah – menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat - peranan taman asuhan kanak-kanak – mengambil langkah-langkah bagi menjamin

keselamatan  kanak-kanak - peranan masyarakat – bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang mencurigakan - peranan polis – mengetatkan kawalan di kawasan tumpuan kanak-kanak - penguatkuasaan undang-undang – tindakan tegas terhadap penculik dan pembunuh kanak-kanak

Penutup : semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah kehilangan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment