Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum
- rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara
- rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis
- negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh
- keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara
- menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya
Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum
- menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial
- mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum
- mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum
- memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasam dan sebagainya
- menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan
- mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum
- menggalakkan penduduk menyambut hari perayaan, sambutan, hari kebesaran dan sebagainya
Perpaduan Kaum pada Hari ini
- masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum
- masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya dan agama kaum lain
- masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu kawasan
- konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru; masyarakat perlbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung
- masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara
Labels: faedah, Isi-isi karangan, kaum, Malaysia, Pelbagai kaum, perpaduan kaum, usaha