Rakan anda yang berada di luar negara ingin mengetahui keistimewaan yang terdapat di negara kita dan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menjelaskan perkara tersebut.
Pendahuluan :
- pihak kerajaan memberikan komitmen tinggi sehingga peringkat kementerian untuk menangani hal-hal yang berkaitan dengan pelancongan
- Kadar kemasukan pelancong asing ke dalam negara turut meningkat
- Contohnya pada tahun 1990 sahaja jumlah pelancong yang masuk ke negara kita ialah lebih kurang 6.8 juta orang
Keistimewaan Malaysia :
- keindahan flora dan fauna
- keunikan budaya yang berbeza
- makanan
- tempat bersejarah
Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan :
- mengadakan promosi secara lebih agresif dan meluas sama ada di dalam ataupun di luar negara
- melanjutkan kempen Tahun Melawat Malaysia
- memelihara kemudahan dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong
- mengadakan usahasama dengan badan pelancongan dari luar negara
- mencari dan mengenal pasti tempat-tempat yang berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan
- kerjasama daripada badan-badan korporat seperti MAS untuk mempromosikan negara kita di luar negara
- menanamkan kesedaran di kalangan rakyat tentang peranan mereka dalam usaha memajukan industri pelancongan yang akan memberi manfaat kepada semua
- meningkatkan kesedaran rakyat agar bersikap lebih mesra terutama kepada pelancong luar dan mempunyai tatatertib yang melambangkan kehalusan budi bahasa rakyat Malaysia
- pelancong tempatan pula semakin menumpukan perhatian kepada destinasi-destinasi pelancongan dalam negara
Labels: Isi-isi karangan, Malaysia, pelancongan, SPM