Kepentingan Kesihatan
- konsep kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani
- membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif
- mengekalkan kecergasan tubuh badan
- menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit
- menjadikan otak lebih cerdas
- menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia
- melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang
Cara-cara Menjaga Kesihatan
- mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
- melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi
- mempunyai waktu rehat yang cukup
- melakukan pemeriksaan kesihatan
- menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling
- tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebih-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak dan sebagainya
- menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya
Tahap Kesihatan Rakyat
- cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa dan orang-orang tua
- dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju
- jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius
- kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat begitu tinggi
- kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan
- perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara
- mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih
- mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diberi pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa
Labels: cara, Isi-isi karangan, kepentingan, kesihatan, menjaga kesihatan