Kekeliruan pelajar dalam penulisan karangan(STPM)

Kekeliruan1:

Saya terdengar informasi terkini. karangan laras sastera langsung tidak boleh sentuh isi larasan sains. Begitu juga karangan larasan sains tidak boleh sentuh isi sastera dan tidak boleh simpan peribahasa. adakah ini benar?


PENJELASAN
KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK.

Contoh:
STPM 2007.1. BELAKANGAN INI BANYAK TERDAPAT PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA YANG AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELBAGAI PIHAK. LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH TERSEBUT. BINCANGKAN.

Satu kesan projek perumahan terbengkalai ialah pencemaran alam. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan tikus, penyakit merebak.(tak perlulah saintifik sangat hujah anda)
Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas.

STPM 2008. 2 KESEPADUAN SEKTOR PELANCONGAN DENGAN ALAM SEMULA JADI TELAH MENCETUSKAN AKTIVITI PELANCONGAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA. LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN AKTIVITI INI BERTERUSAN. BINCANGKAN PENYATAAN INI.

Satu langkah ialah Perancangan yang rapi penting.
Lebih banyak hutan simpanan diwartakan. Contoh Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Gula(Perak) dan Taman Negara Bako di Sarawak. (FRIM, PERHILITAN)Keunikan flora dan fauna hidup di di sesuatu kawasan dengan pelbagai cara adaptasi dikaji. Maklumat sistem rantai makanan yang unik dan saling memerlukan di sesuatu habitat disediakan.Misalnya ‘Spice Garden” di Pulau Pinang dirancang dengan baik.
Ilmu pengetahuan disebarkan melalui pemandu pelancong.Malah herba-herba itu dirasa oleh pelancong melalui masakan. (Komen Cikgu: lihat, pasti ada sikit hujah sains)

STPM 2003.3 OBESITI MERUPAKAN SATU MASALAH KESIHATAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA.

Salah satu kesan ialah kesan jiwa. Wajah terjejas, kawan semakin kurang, hidup menyendiri.(Ini bukan hujah sains tetapi boleh diterima.)

STPM 2008.1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

Isi bukan sains tetapi hujuh mesti ada unsur sains sebab tajuk ini melibatkan telekomunikasi.
Contoh isi dengan hujah sainsnya.

Pentadbiran kerajaan menjadi cekap. Urusan “one-stop” dapat disediakan.Ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian pelbagai perkhidmatan media elektronik.Kios urusan dan bentuk kaunter fizikal dan maya disediakan.Misalnya kios komputer disediakan di pusat membeli belah.Orang ramai boleh membaharui lesen memandu, bayar cukai pendapatan, mendaftar diri sebagai pengundi sekali gus di situ.
Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan.

Kekeliruan 2.
Jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah?


Penjelasan cikgu:
Anda sendiri keliru sahaja.

Jika dalam skema punca jenayah ialah faktor keluarga.
Anda tulis ibu bapa abaikan asuhan anak-anak, betul juga.
Jika anda tulis krisis keluarga, betul juga.
Jika anda tulis kawalan ketat ibu bapa sehingga anak-anak memberontak, betul juga.
Jika anda tulis keluarga miskin dan ibu bapa sibuk bekerja di luar, betul juga.

Jadi, yang penting maksud isi mesti sama atau hampir sama. Bukan perkataan yang digunakan dalam skema.

Contoh:

Tajuk: Kepentingan internet.(Ini soalan bahagian B, tetapi isi bukan semua sains, yang perlu ialah hujahnya ada banyak unsur sains)

Skema Isi 1: MEMAJUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.

Anda tulis internet memajukan pentadbiran negara, betul juga.
Anda tulis internet membantu jabatan kerajaan menguruskan permohonan dan lesen, betul juga.
Anda tulis internet mempercepatkan pemprosesan dan penyimpanan data,betul juga.
Anda tulis internet mewujukan kerajaan elektronik, betul juga.(semua idea adalah sama sahaja)

[source]

 

Labels: ,