Punca-punca Berlakunya Pengangguran
- penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di bandar-bandar
- kelulusan akademik yang rendah
- penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer
- penggunaan tanah yang tidak ekonomi terutamanya di desa
- belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional
- sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan belia
Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran
- menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga dan beternak
- memperkenalkan mata oelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar
- menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik
- menyemaikan sikap berdikari dalam kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi
- meyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan
- melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih
- memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran dan teknologi kepada belia yang ingin berusaha sendiri
Kesan daripada Pengangguran
- belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral
- jenayah terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan, pembunuhan, peras ugut dan sebagainya
- bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang terlalu mahal
- banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan
- ekonomi negara terbantut
Labels: Isi-isi karangan, kesan, pengangguran, punca, usaha