Sunday, May 29, 2011

Kempen

Tujuan Diadakan Kempen



  • untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya : "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"

  • untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya kempen semasa pilihan raya

  • untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota

  • untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah

  • untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen menderma darah


Sambutan Masyarakat terhadap Kempen



  • Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia

  • buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar- harganya meningkat

  • air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga

  • Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial

  • ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga


Keberkesanan Kempen



  • ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat

  • Contoh kempen yang berjaya :



  1. "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"- contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun

  2. "Kempen Jantung Hatiku"- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali- sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan



  • Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:



  1. kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini

  2. kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan van, pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya

  3. kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan keretanya sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan

No comments:

Post a Comment