Sunday, May 29, 2011

ISU PEMBALAKAN

Kesan Pembalakan


Kebaikan

  • memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara

  • menyediakan peluang pekerjaan

  • membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan


Keburukan

  • musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai

  • pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan

  • musnahnya habitan hidupan liar

  • hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dsb.

  • perubahan arah angin dan cuaca berlaku-bekalan oksigen berkurang

  • kawasan tadahan negara terjejas

  • kesuburan tanah semakin kurang


Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan



  • pengeluaran balak dikurangkan dengan menghadkan kawasan pembalakan

  • kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Hutan

  • penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan

  • penebangan pohon yang matang saja dibenarkan

  • kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai peringkat

  • penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

  • hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram


Isu Pembalakan Haram


Cara dijalankan

  • secara sulit, yakni jauh di dalam hutan / kawasan pedalaman

  • di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan

  • di kawasan hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan

  • secara penipuan dan penyelewangan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh


Kesan

  • merugikan negara dari segi pendapatan cukai

  • membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman-ancaman tanah runtuh

  • menyebabkan banjir kilat-kerugian harta benda dan nyawa

  • mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik

  • menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan hujan

No comments:

Post a Comment