Tuesday, May 31, 2011

INDUSTRI PELANCONGAN

Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan



  • mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya.

  • memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara.

  • memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya.

  • meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong.

  • menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.


Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara


Kesan Positif

  • dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita

  • dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan- mengurangkan pengangguran

  • dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraftangan, seramik, dan sebagainya.

  • dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat

  • dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat

  • dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkan imej negara di mata dunia


Kesan Negatif

  • mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja

  • penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang

  • -contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal

  • menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990

  • beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit

  • membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya

  • masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan berhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia


Perkembangan Industri Pelancongan



  • kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai- tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan

  • kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong

  • -contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang ebrsejarah kepada pelancong

No comments:

Post a Comment